BIOGRAFI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 2 ialah sebuah sekolah rendah yang terletak di Jalan Maktab, Pengkalan Chepa iaitu 5 kilometer dari pusat Bandar Kota Bharu, Kelantan. Nama ringkasnya SK Dato' Hashim (2) atau SKDH2.
ibnatuljamilah.blogspot.com
Sejarah permulaan SKDH2 bermula apabila penempatan belajar bagi murid-murid sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim (1) melebihi permintaan berbanding kemampuan kapasiti yang ada. Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim (2) telah ditubuhkan pada tahun 1991 apabila Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim (1) mula berpecah menjadi dua ekoran tidak menang tangan dari sudut pentadbiran, pengurusan dan permintaan orang ramai. Maka bagi memuaskan semua pihak keputusan ini harus diambil.
ibnatuljamilah.blogspot.com
Walaupun telah berpecah dua secara rasminya pada 1 disember 1991 namun tapak dan bangunan sekolah masih mengguna pakai hak milik Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim (1), sementara menunggu bangunan baru iaitu bangunan sekarang. Walaupun sekolah ini berada dalam satu kawasan tetapi menggunakan bangunan berlainan dan pentadbiran diuruskan oleh Kementerian.
ibnatuljamilah.blogspot.com
SKDH2 diketuai oleh En.Nawawi Md. Daud yang mula bertugas pada 1 Januari 1992 hingga 16 Ogos 1992 menjadi perintis kepada guru besar- guru besar yang datang silih berganti selepas beliau. Seterusnya tugas beliau disandang oleh Hj.Omar Mahmood bermula 16 Ogos 1992 hingga 16 Jun 1993, Hj. Zakaria Hamat bermula pada 1 Oktober 1996 hingga Disember 1997,Abd. Kadir Yaacob dari 11 April 1998 hingga 30 April 1999. Bermula 1 Mei 1999 hingga 19 Disember 2005, Pentadbiran ini telah bertukar kepada En. Zainal Abidin b. Abd Wahab. Beliau merupakan Guru besar yang paling lama bertugas di sekolah tersebut iaitu hampir 7 tahun. Pada zaman pentadbiran beliau jugalah SKDH2 bertukar dari bangunan lama kepada bangunan baru  seperti sekarang ini.
ibnatuljamilah.blogspot.com
Perpindahan ini berlaku pada September 2001. Selepas itu tugas disandang oleh En. Mohd Noor b. Ismail yang memulakan karier beliau pada 20 Disember 2005 hingga 28 Ogos 2007. Kemudian Hj. Zulkifli b. Yaacob  mengambil alih tugas sebagai guru besar bermula pada 07 januari 2008 hingga 15 oktober 2008 dan disambung oleh Hj. Hussin b. Omar dari 16 Oktober 2008. Sekarang, tugas sebagai Guru Besar di ambil alih oleh Puan Rosnah binti Che Amat.
ibnatuljamilah.blogspot.com
SKDH2 terletak ditengah-tengah antara Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan Chepa di sebelah kiri manakala di sebelah kanan terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa(2). Di belakangnya terdapat Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Sekolah Sains Tengku Mahkota Faris Petra.
ibnatuljamilah.blogspot.com
SKDH2 juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Dari hari ke hari SKDH2 menunjukkan perkembangannya dari segi akademik. 
ibnatuljamilah.blogspot.com

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner