KATA ALUAN









Assalamualaikum Wrbkth.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan hidayatNya, Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 2 (SKDH2) akhirnya dapat disiapkan. 


Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, guru-guru dan kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan bahan-bahan dalam laman blog rasmi SKDH2 ini. Semoga blog ini dapat memberi manafaat kepada semua warga sekolah dan masyarakat.


Semoga dengan wujudnya laman web blog sekolah ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman. 



Akhir kata dari saya, sama-samalah kita berdoa kepada Allah S.W.T agar kita semua diberi taufik dan hidayah serta kekuatan untuk kita meneruskan tugas dan tanggungjawab demi masa depan anak bangsa kita. Mudah-mudahan semua usaha murni kita ini diberi ganjaran pahala. Semoga SKDH2 terus cemerlang, gemilang dan terbilang.


Sekian, Terima Kasih.


Wassalam.


"Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan"


Salam hormat dari saya,


...............................................
(ROSNAH BT CHE AMAT)
Guru Besar,
SKDH2.

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner